Friday, December 10, 2010

Kredit karbon

Assalammualaikum dan salam sejahtera--
entry aku kali ni mgkn agak membosankan tp klu korg rase korg ni penduduk bumi yang prihatin sila bace sampai habis.



Kali ni aku akan bercerita tentang kredit karbon. Mungkin ramai lagi yang tak tahu ape bendenye kredit karbon ni.kredit karbon adalah satu usaha yang sangat menarik yang diperkenalkan untuk mengurangkan kesan rumah hijau terhadap dunia dimana secara konsepnye ia memberikan nilai harga pada karbon dioksida dalam bentuk kredit karbon dan kemudiannya dijual kepada syarikat2.



Sebelum aku terangkan lebih lanjut tentang karbon kredit ni aku nak ajak kite imbas kembali ilmu sains yang kite belaja time sek rendah dulu iaitu proses fotosistesis dan kite cume tumpukan pada gas yang terlibat masa proses tu je iaitu tumbuhan meyedut karbon dioksida buat makanan lepas tu membebaskan oksigen. Rasenye sume tahu kan?



Oleh itu dalam konsep kredit karbon ni hutan-hutan akan dianggap macam kilang antiseptic besar-besaran sebab hutan-hutan ni la yang akan menyedut karbon dioksida dalam muka bumi ni dan seterusnya mengurangkan kesan rumah hijau dan membebaskan gas oksigen. Untuk mendapatkan khidmat antiseptic ni kene la bayar memandangkan diorg ni la yang banyak lepaskan karbon dioksida. 

Kesan kepada kredit karbon ni adalah:



1)Memberi pendapatan yang lumayan kepada negara yang mempunyai hutan yang luas
Sebab ape aku cakap mcm ni? Ok mcm yang aku nyatakan tadi untuk mendapatkan kredit karbon ni kene la bayar dan dah tentu2 la tuan punye hutan la yang terima duit tu iaitu Negara tersebut.cube bayangkan berapa luasnya pasaran mereka sehingga dinilaikan trilion USD dan tak mustahil klu ade negara2 yang akan menjadikan penanaman hutan sebagai aktiviti ekonomi mereka.



2) Mengelakkan penebangan hutan secara berleluasa
Apa yang berlaku pada dunia hari ini adalah lebih banyak faedah supaya menebang hutan berbanding mengekalkan nye (dari aspek ekonomi). Boleh buat taman perumahan,jual balak,buat Bandar, buat ladang dan lain2..Selain itu dinegara membangun dan miskin khususnye mereka terpaksa menebang hutan kerana keadaan ekonomi yang terlalu memaksa dan keinginan semulajadi manusia yang ingin memaksimumkan kepuasan. Manakala negara2 maju mendesak negara lain supaya mengekalkan hutan mereka sedangkan mereka sendiri menebang hutan untuk mencapai kemajuan Jadi dengan adanya kredit karbon ni secara teori nya masalah diatas itu akan dapat diatasi sbb tak mutahil negara yang paling banyak hutan adalah negara yang kaya raya dan mampu memberikan keselesaan pada rakyatnye.



3) Menggurangkan kesan rumah hijau
Pada aku yang ni adalah sebab utama nape kredit karbon ni diperkenalkan memandangkan peningkatan suhu global yang sangat membimbangkan disebabkan oleh kesan rumah hijau iaitu kesan pencemaran udara akibat penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berlebihan (karbon dioksida ni die memerangkap suhu dari matahari lebih tinggi sbb tu makin bnyk karbon dioksida makin panas) dan penebangan hutan yang tak terkawal. Jadi memandangkan kesan no 1 n no 2 yang aku nyatakan kat atas tu jadi secara tak langsung kesan no 3 ni akan terjadi.



Meskipun begitu memang tak dapat disangkal bahawa karbon kredit adalah sesuatu yang sgt subjektif dan perlu dibincangkan dengan lebih rapi bagi mengelakkan ia dimanipulasi pihak2 tertentu sehingga boleh menggagalkan tujuan sebenar ia diwujudkan. Namun begitu semenjak ia diperkenalkan telah mule wujud syarikat2 yang merasakan mereka perlu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang mereka lakukan dan mereka membeli kredit karbon ini atas rasa tanggujawab sosial. Mungkin suatu hari nanti akan ada undang2 yang khusus bagi kredit karbon ni yang mewajibkan sume syarikat membeli kredit karbon berdasarkan jumlah pencemaran yang mereka lakukan.


4 comments:

Far_east said...

Pegh..
Terbaek la d ctu..
Memberi info2 yg brgune tuk sume..
Siap crk mklmt kt discovery n wiki..
Hbt3,, =)

Mr Fian said...

hahaha...aku tgk mende ni time cuti hr tu n idea die sgt menarik..sbb tu nak share n org rmi

kredit Info said...

wow, tolle Nachricht und Info

halten Entsendung Sachen wie diese

Ich mag es.

kredit info

serikandi comel said...

knapa xde n3 baru??

Post a Comment