Friday, December 10, 2010

Kredit karbon

Assalammualaikum dan salam sejahtera--
entry aku kali ni mgkn agak membosankan tp klu korg rase korg ni penduduk bumi yang prihatin sila bace sampai habis.



Kali ni aku akan bercerita tentang kredit karbon. Mungkin ramai lagi yang tak tahu ape bendenye kredit karbon ni.kredit karbon adalah satu usaha yang sangat menarik yang diperkenalkan untuk mengurangkan kesan rumah hijau terhadap dunia dimana secara konsepnye ia memberikan nilai harga pada karbon dioksida dalam bentuk kredit karbon dan kemudiannya dijual kepada syarikat2.



Sebelum aku terangkan lebih lanjut tentang karbon kredit ni aku nak ajak kite imbas kembali ilmu sains yang kite belaja time sek rendah dulu iaitu proses fotosistesis dan kite cume tumpukan pada gas yang terlibat masa proses tu je iaitu tumbuhan meyedut karbon dioksida buat makanan lepas tu membebaskan oksigen. Rasenye sume tahu kan?



Oleh itu dalam konsep kredit karbon ni hutan-hutan akan dianggap macam kilang antiseptic besar-besaran sebab hutan-hutan ni la yang akan menyedut karbon dioksida dalam muka bumi ni dan seterusnya mengurangkan kesan rumah hijau dan membebaskan gas oksigen. Untuk mendapatkan khidmat antiseptic ni kene la bayar memandangkan diorg ni la yang banyak lepaskan karbon dioksida. 

Kesan kepada kredit karbon ni adalah:



1)Memberi pendapatan yang lumayan kepada negara yang mempunyai hutan yang luas
Sebab ape aku cakap mcm ni? Ok mcm yang aku nyatakan tadi untuk mendapatkan kredit karbon ni kene la bayar dan dah tentu2 la tuan punye hutan la yang terima duit tu iaitu Negara tersebut.cube bayangkan berapa luasnya pasaran mereka sehingga dinilaikan trilion USD dan tak mustahil klu ade negara2 yang akan menjadikan penanaman hutan sebagai aktiviti ekonomi mereka.



2) Mengelakkan penebangan hutan secara berleluasa
Apa yang berlaku pada dunia hari ini adalah lebih banyak faedah supaya menebang hutan berbanding mengekalkan nye (dari aspek ekonomi). Boleh buat taman perumahan,jual balak,buat Bandar, buat ladang dan lain2..Selain itu dinegara membangun dan miskin khususnye mereka terpaksa menebang hutan kerana keadaan ekonomi yang terlalu memaksa dan keinginan semulajadi manusia yang ingin memaksimumkan kepuasan. Manakala negara2 maju mendesak negara lain supaya mengekalkan hutan mereka sedangkan mereka sendiri menebang hutan untuk mencapai kemajuan Jadi dengan adanya kredit karbon ni secara teori nya masalah diatas itu akan dapat diatasi sbb tak mutahil negara yang paling banyak hutan adalah negara yang kaya raya dan mampu memberikan keselesaan pada rakyatnye.



3) Menggurangkan kesan rumah hijau
Pada aku yang ni adalah sebab utama nape kredit karbon ni diperkenalkan memandangkan peningkatan suhu global yang sangat membimbangkan disebabkan oleh kesan rumah hijau iaitu kesan pencemaran udara akibat penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berlebihan (karbon dioksida ni die memerangkap suhu dari matahari lebih tinggi sbb tu makin bnyk karbon dioksida makin panas) dan penebangan hutan yang tak terkawal. Jadi memandangkan kesan no 1 n no 2 yang aku nyatakan kat atas tu jadi secara tak langsung kesan no 3 ni akan terjadi.



Meskipun begitu memang tak dapat disangkal bahawa karbon kredit adalah sesuatu yang sgt subjektif dan perlu dibincangkan dengan lebih rapi bagi mengelakkan ia dimanipulasi pihak2 tertentu sehingga boleh menggagalkan tujuan sebenar ia diwujudkan. Namun begitu semenjak ia diperkenalkan telah mule wujud syarikat2 yang merasakan mereka perlu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang mereka lakukan dan mereka membeli kredit karbon ini atas rasa tanggujawab sosial. Mungkin suatu hari nanti akan ada undang2 yang khusus bagi kredit karbon ni yang mewajibkan sume syarikat membeli kredit karbon berdasarkan jumlah pencemaran yang mereka lakukan.


Thursday, December 9, 2010

4 perkara yang membuatkan aku seorang loser

Assalammualaikum dan salam sejahtera --
Sebagai seorg blogger baru aku terlau ghairah utk mencuba sesuatu yang baru yang tak pernah blogger2 lain buat. Jadi untuk entry aku kali ni aku akan kutuk diri aku sendiri.Rasenye xde g blogger yang buat gni sbb aku tgk diorg asyik kutuk org lain je.Mgkn pasni aku akan mencipta gelombang baru iaitu blogger yang kutuk diri sendiri.

Ego
Siyes aku memang jenis lelaki yang ego..aku pun tak tau la nape aku jadi gni mgkn sbb bapak aku lelaki kot ..nak diceritakan tahap ego aku ni korg try la ajak aku gaduh depan prmpn…i.allah aku on je tanpa berfikir sejenak..ciap ble wt skill Bruce Lee lagi…

Pemalas
Yang ni aku rase xpayah la aku nak hurai panjang2 sbb aku MALAS ar..tapi yang membuatkan aku rase loser sangat sebab kadang2 sifat malas aku ni aku pamerkan depan mak ayah aku cth bile diorg suruh aku jemput adik aku balik sekolah mesti aku mengelak dgn pelbagai alasan seluar koyak la takut kene ngorat n cikgu wanita yang cun kat sek la..isk2

Puji diri sendiri
Yang part ni sebenarnye aku puji diri sendiri sebab aku jenis lelaki yang suke dipuji tapi dah sbb xde org nak puji aku..jadi aku puji la diri sendiri tak kan tiap masa kite nak harap pada orang je dan pada aku ini mcm penghargaan pada diri sendiri dimane mengikut teori Maslow dah peringkat Aktualisasi (tahap tertinggi yang seorang manusia inginkan iaitu penghargaan pada diri sendiri)..tp sebab ramai sangt kwn2 aku yang meluat terutama perempuan,hahaha! jd aku anggap mende ni mcm tak bape bgs dan kisah disebalik npe aku selalu puji sendiri pun mcm agak loser je..jd pasni aku akn cube kurangkan cakap kat org aku hensem..ok ye kwn2 pasni aku akan kurangkan cakap aku hensem.aku akan cube cakap aku hensem kat depan korang.

Aku rase setakat ni je yang aku mampu kongsikan dgn org ramai sbb klu aku bg tau sume mende2 yang menyebabkan aku seorang loser nanti tak privasi la plak hidup aku serupa aku terima je tawaran belakon utk filem twilight hari tu jadi femes n dikutuk dalam blog2 org lain,hahaha!…

Tapi pape pun pada aku penting untuk kite tahu ape kelemahan diri dan memang la lumrah manusia ni tak sempurna tapi tak mustahil bagi kelemahan itu utk diperbaiki..tp walaupun dengan pelbagai sifat yang menyebabkan aku menjadi seorang losser aku tetap berbangga dengan diri sendiri dan aku tetap rasa kewujudan aku kat muka bumi ni adalah bukti aku adalah sesuatu yang aku boleh banggakan…korg anggap la entry ni mcm pengenalan diri aku pada sume..

Politik dan kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera…wah cam skema la plak..hahaha!
Untuk post kali ni aku nak berserita pasal mende2 yang berkaitan dgn politik la plak tp bkn pasal kutuk parti pembangkang mahupun kerajaan. aku cume nak ajak kwn2 sume supaya menjadi pengundi bijak, almaklum la aku baru je daftar jadi pengundi siang td,hehehe..terus terang da lame da aku nak ckp mende ni n ble aku da ade blog sendiri barulah aku berpeluang untk berkongsi dgn org ramai..kre mende ni lebih kepada falsafah hidup aku n klu korg rase bgs gunekan la atau kurag2 jadikan pengajaran..

1)Tanamkan perasaan curiga pada media berkenaan laporan politik

Maksud aku tentang tanamkan perasaan curiga ni adalah tiap kali keluar je berita dalam media xkisah la milik pembangkang mahupun kerajaan JGN PERCAYA BULAT2 sbb nye.
contoh media milik pembangkang cakap kerajan ni bla,bla(mende y xelok) secara undang2 nye kenyataan tersebut akn jd tidak independent sbb kesan dari kenyataan tersebut ble m’nguntungkan pembangkang n merugikan kerajaan. Klu kite tgk at sini da wujudnye motif.
Jadi cara yang terbaik adalah first sentiasa curiga pastu korg baca la sume kenyataan akhbar dari kedua belah pihak …klu ade 3 belah pihak plak camne???...klu ade y tanye gni mmg aku rase jumaat ni mgkn yang terakhir bg die..pastu korg tanye la pendapat org yang pakar berkenaan isu tu klu agama tanye la kat ustaz,ekonomi tanye la pd org ekonomi dan akhir sekali korg gne kan judgement korg utk nilai berkenaan isu tersebut..

2)Debat tanpa penjaga masa mahupun panel hakim yang dihormati

Aku rase mende ni mmg biasa sgt la utk org yang berbeza pahaman politik utk berdebat..mende ni mmg la klu kite tgk dari segi positif bole memupuk bakat seseorang utk menjadi pendebat berjaya tp klu sampai nak gaduh2 tu tak payah la..dan aku bole jamin debat jenis ni xde pemenang sbb nape aku konfiden sgt sbb xde hakim nak ishtihar yang korg menang..dan pada aku untuk pendebat ni ade 2 jenis

i)Jenis yang rasional
Maksud aku diorang ni sedar yang setiap parti politik tu ade kelemahan masing2 n diorg ni x berdebat ikut emosi..senang cite bole dibawak berbincang

ii)Jenis yang taksub
Jenis ni mmg berat ar, x rasional emotional ,batry national n mcm2 ar..klu korg tibe terbedebat dengan orang jenis gni
Baik korg ngaku kalah je..siyes buang masa..n silap2 bole sebabkan gaduh..pd aku klu dengan menyerah kalah bole mengelakkan pergaduhan sebenarnye korg da menang..contoh ni plg bole diguna pakai time jumpe pak mentua..dgn menyerah kalah korg akan dapat anak die…so kre korg menang la kan btul x?..hahaha!

3)Perbezaan politik tidak menjadi penghalang untuk kita menjadi kawan

Pada aku ni yang paling penting la..klu korg xnak ikut yang ats2 tu pd aku xpe g tp part yang ni mmg aku emotional sikit..aku nak share sikit pengalaman aku time darjah 5 dulu disebabkan perbezaan politik antara bapak aku n bapak kawan aku (kawan aku ni lelaki ye) so bapak kawan aku tu tak bagi kitrg berkawan..mgkn mende ni tak terjadi pada korg tp plez la..mgkn ramai yang pernah dengar orang melayu berpecah kerana politik dan mgkn mende ni belum teruk sangat lg tp pada aku tak gune jugak klu kite sekadar mencanangkan slogan 1 malaysia tp bangsa sendiri tak bersatu

Akhir kata pada yang da cukup umur tu pegi la daftar mengundi..xgune jugak klu kite sibuk2 kutuk2 pemerintahan tak bagus la tp mengundi tak…shame on u ….pegi laut buat negara sendiri tak pun g lepak kat kerajaan langit ayah Pin..

Wednesday, December 8, 2010

Blogger baru

Ok siyes aku mmg baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogger ni dan sgt bnyk lagi mende yang aku tak paham langsung pasal setting die la.Jadi untuk post aku yang mule-mule ni aku nak bagi tau yang blog ini dibuat semasa aku tengah final exam paper cukai yang aku ambil dengan niat untuk tidak membayar cukai.hahaha, otai tak aku???..selamber jer sebab aku mmg dah takde mood langsung nak study sekarang (mak n abah sy rehat jap je release tension jap:P)..terus terang post aku ni memang tak menarik langsung sebab aku pun da mule rase muak untuk membaca post aku sendiri untuk memeriksa ejaan dan tatabahasa yang tunggang langgang (typical beginner)....aku akan cube jadikan blog aku ni sesuatu yang santai ble gelak2 tapi pada masa yang sama ada unsur-unsur yang boleh mendidik.

Memandangkan aku dgn jayanya telah membuat blog ni jadi aku yang buta IT ni dgn bangganya akan bg la tips ckit camne nak start akaun even aku tau korg sume mmg expert2....

Dgn andaian pc or laptop telah di switch on serta wireless telah disambungkan dan anda mempunyai email---

Nama akaun dan blog
buat terus ciap-ciap ape name akaun yang korg nak gune dan klu bole buat list nama sampai 10 sebagai backup plan.Nama yang korang gune tu sedikit sebanyak akan memberi pengaruh kepada pandangan org lain pd blog kite. contoh name blog ak anginmalam mesti org igt blog jiwang atau puisi-puisi tp siyes bkn..pastu name akaun tu wt la yang senonoh cikit..jgn sampai nanti blog korang diletakkan tanda 18sx/18sg...


Password
Lepas je korang bagi password yang korang nak gune utk blog korang.terus salin or save kat mne2 yang dirasakan selamat.Dan klu perlu g register 1 peti besi kat mane2 bank yang berdekatan untuk simpan password korang. Pastu aku nasihatkan xpyh la gune name awek/pakwe kepunyaan masing2 mahupun kawan. bkn ape nti tiap kali korg dpt awek/pakwe baru kene tukar password la pulak klu x bahaya.kepada yang ade ramai awek/pakwe lagi la wajib jgn gune.

Tenaga pengajar
Korang mintak la sorg ajar korang camne care nak mule buat blog ni jangan belagak sangat (cthnye aku la,haha)xde la kelam kabut sangat nanti klu salah setting la pastu salah pilih template la senang ade yang expert utuk bertanye. pastu korg belanje la die minum air ckit tp klu die mintak lebih2 cakap kat die talk to the hand!!


Post
Aku sarankan sebelum korang buat blog lagi korang kene fikir ape post yang korang nak buat kurang-kurang ade rangka pun cukup la (gunekan segala ilmu yang dipelajari masa belajar buat karangan dulu )..klu x mule la korang akan rase makin tension joget-joget dalam bilik dan akhirnye tulis post cam aku…hahaha

Akhir kata assalammualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca..